Bersabarlah wahai diri,
Sedang hidup kau senantiasa dihimpit mehnah dan tribulasi.
Bertahanlah wahai jiwa,
Sedang yang kau hadapi ini telah kau hadapi berulang kali jua.
Tipu kalau kata tak pernah rasa dimainkan,
Oleh satu kuasa sadistik yang suka tengok aku merana dan tertekan.
Tapi aku tetap percaya,
Tetap teguh percaya,
Kuasa itu jugalah yang paling cintakan aku,
Yang tak akan pernah menzalimi aku.
Tipu kalau kata tak pernah mempersoalkan,
Kenapa tetap aku yang diberi ujian?
Tapi aku tetap percaya,
Tetap teguh percaya,
Untuk setiap sakit yang aku rasa,
Dihapuskan satu per satu kesalahan dulu kala,
Dinaikkan lagi martabat aku disisi Dia.
Kerana,
Walau apa pun,
Tetap Syurga itu yang aku damba,
Tatap wajahNya itu yang aku cita.
Bahawa jantungku berhenti dua kali,
Sebelum doktor membuat keputusan,
Bahawa Mak perlu cepat lakukan cesarean.
Setelah berulang kali cerita itu sampai ke telingaku,
Setelah lebih 22 tahun menyelusuri kehidupan,
Baru aku sedar yang semenjak aku belum dilahirkan,
Aku sudah ditakdirkan untuk menjadi seorang pahlawan.
Maka jangan pernah kau menyerah,
Walau beribu kali kau tersungkur,
Jangan pernah kau putus harap,
Walau berjuta kali harapan kau hancur.