Kesannya zahir rupanya maknawi,
Terpendam bagai mutiara di dasar hati.
Bahagia itu pada hati,
Bertakhta di kerajaan diri,
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani.
Bahagia itu ada di jiwa,
Mahkota di singgahsana rasa.
Bahagia itu adalah suatu ketenangan."
-Hakikat Bahagia, UNIC
Hari lahir tahun ini terasa lain dari yang sebelumnya. Walaupun keputusan peperiksaan baru-baru ini bukanlah seperti yang diidamkan, hidup telah banyak sakit dan perit, tapi entahlah, hari ini cuma terasa bahagia. Betullah, hati tu Allah yang pegang. Gembira dan bahagia kadang tak perlu bersebab. Kurnia Sang Ar-Rahman buat hambaNya di atas muka bumi.
Teringat bila dikatakan dalam al-Quran, seorang manusia yang melalui kehidupan dunia yang sangat perit sepanjang hidupnya, tatkala dicelupkan ke dalam syurga, dikatakan ia hanya merasa bahagia. Seakan tak pernah berbekas runtunan jiwanya selama di dunia. Sedangkan aku ini, baru dipinjam secebis rasa bahagia, dah rasa terpadam sakit dan luka yang dulu. Tak tebayang apa perasaannya nanti di syurga :')
Bila disoal apa perancangan untuk menyambut ulangtahun, sungguh aku tiada apa rencana. Cukuplah dengan aku mengenangkan segala nikmat yang telah dikurniaNya.
Disampaikan lagi ke Ramadan, dan disempatkan melalui separuh perjalanan, walaupun dengan ibadah yang patah-patah.
Dipilih untuk menyambung perjuangan orang lalu sehingga ke hari ini, walaupun hati dah hitam legam dengan karat jahiliyah.
Dikelilingi orang soleh dan orang yang cuba hendak menjadi soleh, walaupun hidup dalam lautan maksiat.
Ditawarkan pekerjaan yang sangat mengujakan diri, walaupun sebenarnya sangat tak berkelayakan.
Diberi rakan sekerja yang sangat baik dan mentor yang sangat sabar, walaupun diri ini susah sangat nak dipupuk untuk bersifat demikian.
Syukur.
Itu sahaja yang boleh aku katakan untuk hayatku genap 22 tahun ini. Alhamdulillah. Semakin dekat dengan mati, semakin dekat menemui Illahi. Ah, tak sabarnya!
2 comments:
Semoga sentiasa dikurniakan bahagia :) <3
Sesungguhnya bahagia itu bila kita selalu dekat denganNya, redha selalu, merasakan manisnya iman...tak perlu sebab lain..
selamat hari lahir semoga bahagia sentiasa di hati :)
Post a Comment